SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

==> ASSALAMUALAIKUM
==> WELCOME
==> AHLAN WA SAHLAN

Selasa, 31 Ogos 2010

KARANGAN-UCAPAN MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR

Yang Dihormati Pengerusi Majlis. Yang dirai, Tuan Guru Besar, Encik Mohd Zaini Makhtar bin Che Kassim, guru-guru penolong kanan, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada warga dewan.

        Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menyampaikan ucapan sekalian kepada yang dirai.

         Bermula esok, kita tidak akan melihat lagi kelibatnya disini dan tidak lagi mendengar tegurannya kerana hari ini adalah perjalanannya yang terakhir untuk menamatkan kerjayanya sebagai seorang pendidik di sekolah ini.

Hadirin dan hadirat sekalian,
          Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Jadi hari ini, walaupun jasanya tidak minta dibalas, tetapi kita berusaha untuk mengenang beliau.
Sebagai anak didiknya, hanya rakaman terima kasih terhadap budi yang diberikan.

          Sepanjang berkhidmat sebagai guru besar sejak 26 tahun, banyak kejayaan yang telah diraih.

Para guru dan rakan-rakan sekalian,
          Sebagai guru besar, sikap kebapaan beliau begitu terserlah. Beliau seorang yang tegas dan sering memberi teguran kepada anak didiknya.

          Wahai guru besaryang dikasihi. Harap-harap menghadapi hari persaraan, sihatlah diri dan tenangkan fikiran. Kami memang tidak rela melepaskanmu seperti tebu di mulut gajah. Yang mampu kami lakukan ialah berdoa semoga kebahagiaan sentiasa bersamamu.

          
          Sekian, terima kasih.

Ahad, 16 Mei 2010

KARANGAN - SELAMAT HARI GURU

  Assalamualaikum  dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar, Guru penolong Kanan,guru- guru dan rakan- rakan sekalian. Saya sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada guru sekalian di sekolah ini.

  Tarikh 16 Mei pada setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini ialah masa yang paling sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai guru.

  Rakan sekalian,

   Guru ialah insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan. Kesungguhan para guru mendidik anak murid amatlah besar niilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.
  
   Guru dianggap sebagai ibubapa kita di sekolah. Oleh itu, kita mestilah menghormati guru. Segala nasihat dan kata- kata guru hendaklah kita patuhi. Janganlah kita abaikan segala nasihat mereka.

  Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Kepada guru- guru yang dihormati sekalian, jutaan terima kasihkami ucapkan kerana mendidik kami.

  Sekian sahaja ucapan saya pada hari ini. Terima kasih.

Khamis, 13 Mei 2010

Karangan Cerita

     Cuti sekolah telah tiba. Sebagaimana dijanjikan oleh ayah, dia akan membawa kami sekeluarga bercuti di Melaka. Kami belum pernah melawat ke Kota Bersejarah itu.

     Selepas makan tengahari, kami melawat ke Muzium Rakyat. Muzium itu mempamerkan adat dan cara hidup orang Melaka. Kami juga berpeluang untuk menyaksikan pameran yang bertajuk "Kecantikan Melalui Penderitaan".
     Keesokan paginya, kami melawat ke Kota A Famosa dan Stadhuys. Stadhuys merupakan kediaman Gabenor Belanda. Kini, bangunan itu dijadikan sebagai Muzium Melaka. Di Stadhuys, kami dapat menyaksikan beberapa pameran seperti pameran tembikar cina, pakaian tradisional Baba dan Nyonya, wang timah yang digunakan di zaman pemerintahan Sultan Muzzaffar Shah dan sebagainya.
    Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami sekeluarga membeli beberapa kraf tangan untuk dijadikan kenangan. Kami juga bergambar di setiap tempat yang kami lawati.

    Percutian di Melaka benar-benar menyeronokkan. Kekayaan negeri Melaka dengan khazanah sejarahnya amat mengagumkan kami.

Karangan Cerita

     Imran sudah lewat ke sekolah. Sesampai di simpang tiga sekolah, dia ternampak seorang wanita terbaring itu keadaan tidak senar diri.

     Dia bergegas ke situ. "Mak cik, apadah jadi ni?", tanya Imran. "Mak cik dalam perjalanan pulang sesudah selesai bekerja di kilang pukul 11 malam. Rumah mak cik dua kilometer dari kilang. Tiba-tiba motosikal mak cik diekori sebuah kereta."
     Imran mendengar penjelasan wanita itu dengan penuh minat."Pemandu kereta itu menghimpit lalu mak cik terjatuh ke longkang. Mak cik tank ingat apa-apa lagi selepas itu," kata mak cik itu.
     "Baiklah mak cik, biar saya panggilkan teksi,hatar mak cik ke hospital daerah," kata Imran.

     Dalam keadaan terlewat ke sekolah itu pun, Imran masih mahu menolong wanita malang yan ditimpa kemalangan itu.

Karangan Cerita

   Aku mempunyai seekor kucing bernama Tompok. Tompok merupakan seekor kucing betina. Tompok berbulu lebat dan cantik. Setiap petang, aku akan membawa Tompok bersiar-siar di taman  permainan.

   Pada suatu hari, aku dapati Tompok tiada di rumah. Lazimnya, Tompok akan menanti kepulanganku di hadapan pintu. Aku menyangka Tompok akan pulang ke rumah setelah aku bermain di rumah jiranku.
   Kehilangan Tompok masuk hari ke lima. Puas sudah aku mencari di merata-rata tempat, namun kelibatnya pun tidak kelihatan. Pada suatu petang, sedang aku membaca buku di halaman rumah, aku terdengar bunyi kucing mengiau.
    Aku bingkas bangun dan mendapati rupa-rupanya Tompok. Aku amat terperanjat dengan keadaan Tompok. Kakinya bengkak diikat dengan gelang getah. Lehernya dililit dengan dawai pagar dan badannya bercalar-calar.

   Tompok berjalan longlai ke arahku lalu rebah dan mati. Tompok telah mati. Kematian Tompok benar-benar menyedihkanku. Benarlah kata ayah, aku tidak ceria lagi semenjak peristiwa sedih itu.